Baru-baru ini aku baca di news mengatakan Anita Sarawak dan hubby telah diserang oleh sekumpulan perompak. Sialan juga ya perompak-perompak itu berbuat jahat di bulan Ramadan. Lebih malang lagi jika perompak-perompak itu adalah Muslim.
Jika tak ada wang, buatlah cara tidak ada wang. Janganlah dicuri dan rompak pula kerjanya. Teringat pula kasut adidas aku yang telah dicuri setelah aku berbuka puasa dan solat maghrib di masjid KLCC. Mujur ada seorang sahabatku belikan slipper supaya aku tak pulang ke rumah berkaki ayam sahaja.

Dahulu aku selalu berusaha untuk mengkhatam Al-Quran sebulan dalam bulan Ramadan. Iya, aku mampu, tetapi sangatlah memenatkan kut di saat-saat akhir nak kejar dateline-nya itu.
Kemudian, pernah pula aku berazam untuk membaca Al-Quran sekali dengan maknanya. Cara ini memang tak sempat la nak khatam punye. Tapi somehow lebih bermakna memandangkan aku membaca sekali maksudnya dalam bahsa yang aku faham meskipun aku mungkin tak faham mesej yang tersirat di sebalik ayat-ayat itu.

Tahun ini aku mahu mula menghafal Al-Quran pula. Suatu perubahan yang lebih baik aku fikir. Iyalah, usisa pun sudah menjangkau 20 tahun. Aku target mahu hafal menjelang usia 25 tahun. Aku dapat ilham pun setelah membaca buku Musafir Cinta di mana watak Iqbal hanya menghafal 2/3 ayat tiap kali lepas solat. Hasilnya dia dapat hafal quran dalam 3 tahun.
Mahu tak mahu, makin lama kita hidup makin lanjut usia kita. Sebagai muslim, pokoknya kita beriman kepada Quran sebagai kitab yang benar dan mulia bukan? Jika dapat disimpan di dalam hati kan sangatlah baik? Aku sendiri rasa diriku tak adalah sebaik mana. Mahu tunngu jadi baik baru mula menghafal, aku tidak tahu bila agaknya itu. Mudah-mudahan, bila dah mula menghafal itu, makin menjadi manusia yang baik lah aku ini.
Aku kini ada menghafal dengan bantuan site memorize-quran ini juga. Caranya, download mp3 nya dan dengar berulang aja. Pastikan diperiksa dahulu apa yang didownload itu sama tak dengan apa yang dibaca dulu kat Al-Quran ya! Penting!
Sekarang juga aku lebih aktif mempelajari guitar. Di samping mengisi masa lapang, aktiviti ini sememangnya dapat melatih otak aku melalui hand-coordination yang aku praktikkan semasa bermain guitar.

Site favorite aku adalah 911tabs untuk mencari chords dan guitartutee untuk mencari video. Untuk mereka yang baru belajar, aku cadangkan kalian menggunakan site yang aku berikan itu. Nak harapkan teman-teman sekeliling untuk ajar, aku fikir lambat dan leceh sahaja. Biasanya semua orang pun malas nak ajarkan. Lebih baik belajar sendiri aja.
Aku fikir, main guitar itu sangatlah cool.Hehe. Sebab itu aku pilih untuk main guitar daripada main game. Main game cuma sorang-sorang sahaja yang enjoy. Main guitar boleh enjoy ramai-ramai dan show off sekali sekala.
Dengarnya dublin adalah bandar yang bosan. Mau simpan duit beli guitar di sana...Harus! (meskipun mahal sedikit).















