Words to ponder upon

"The way to develop best that is in a person is by appreciation and encouragement" (from Dale Carnegie bestseller book)

"Forgiven not forgotten" (from the Corrs, Irish band)

"The more you know someone, the more you should love them" (from House drama series)

"Your thing may be a big thing but certainly it is not everything" (from David Cook of American Idol)

Great people talk about ideas,
Average people talk about events,
Small people talk about people.

So lets talk more on ideas to build and save our ummah. (from a mix between myself and a speech at the surau An-Nur)

Another must read

Another must read
Novel ini bisanya merupakan novel dalam Bahasa Melayu pertama yang benar-benar membuat jiwa saya tersentuh. Meskipun hanya sebuah cerita, banyak pengajaran yang boleh dikupas daripadanya bagi melembutkan jiwa pelbagai insan.

A must read

A must read
"Reading the book actually allowed me to feel more of the cruelty of this real world despite leaving in a peaceful nation, at the same time made me think again of all the time that I have been struggling for my self needs only in this temporary world." -Sallehuddin, Malaysia

Life-time companion

Life-time companion
The Meaning of the Holy Qur'an (Low-Cost Edition) by Abdullah Yusuf Ali. RM6 only! Inform me if you are interested for one.

Books recently finished:

The Reluctant Fundamentalist, Syahadat Cinta, Hafalan Solat Delisa, Laskar Pelangi, Salju Sakinah, The Alchemist, Ayat-ayat Cinta, The Devil and Miss Prym, Pia, Al-Ghazali Deliverance From Error and The Beginning of Guidance,I Am Muslim, Life Is An Open Secret, Tenggelamnnya Kapal Van Der Wijck, A Young Muslim Guide to Modern World, The Kite Runner, From Beirut to Jerusalem, Kimiya-e Saadat, for one more day, Al-Ghazali's Wonders of The Heart.

Archivo del blog

Hafalan Quran diiringi Muzik

Salam Ramadan sekali lagi aku ucapkan bagi semua umat dunia buat Muslim mahupun bukan Muslim. Semoga kalian yang diwajibkan berpuasa semakin lama semakin rasa bebas dan ikhlas dalam menambahkan amal ibadat serta memperbaiki aturan hidup harian kalian.

Semalam di masjid rumah aku ada penceramah dari Palestin datang mengingatkan tentang penderitaan umat Islam di sana dan kepentingan kita melindungi masjid Al-Aqsa. Sama-samalah kita berdoa dan menyampaikan mesej ini dalam usaha sedikit sebanyak membantu membebaskan masjidil Aqsa.

***

Baru-baru ini aku baca di news mengatakan Anita Sarawak dan hubby telah diserang oleh sekumpulan perompak. Sialan juga ya perompak-perompak itu berbuat jahat di bulan Ramadan. Lebih malang lagi jika perompak-perompak itu adalah Muslim.

Jika tak ada wang, buatlah cara tidak ada wang. Janganlah dicuri dan rompak pula kerjanya. Teringat pula kasut adidas aku yang telah dicuri setelah aku berbuka puasa dan solat maghrib di masjid KLCC. Mujur ada seorang sahabatku belikan slipper supaya aku tak pulang ke rumah berkaki ayam sahaja.


***

Dahulu aku selalu berusaha untuk mengkhatam Al-Quran sebulan dalam bulan Ramadan. Iya, aku mampu, tetapi sangatlah memenatkan kut di saat-saat akhir nak kejar dateline-nya itu.

Kemudian, pernah pula aku berazam untuk membaca Al-Quran sekali dengan maknanya. Cara ini memang tak sempat la nak khatam punye. Tapi somehow lebih bermakna memandangkan aku membaca sekali maksudnya dalam bahsa yang aku faham meskipun aku mungkin tak faham mesej yang tersirat di sebalik ayat-ayat itu.


Tahun ini aku mahu mula menghafal Al-Quran pula. Suatu perubahan yang lebih baik aku fikir. Iyalah, usisa pun sudah menjangkau 20 tahun. Aku target mahu hafal menjelang usia 25 tahun. Aku dapat ilham pun setelah membaca buku Musafir Cinta di mana watak Iqbal hanya menghafal 2/3 ayat tiap kali lepas solat. Hasilnya dia dapat hafal quran dalam 3 tahun.

Mahu tak mahu, makin lama kita hidup makin lanjut usia kita. Sebagai muslim, pokoknya kita beriman kepada Quran sebagai kitab yang benar dan mulia bukan? Jika dapat disimpan di dalam hati kan sangatlah baik? Aku sendiri rasa diriku tak adalah sebaik mana. Mahu tunngu jadi baik baru mula menghafal, aku tidak tahu bila agaknya itu. Mudah-mudahan, bila dah mula menghafal itu, makin menjadi manusia yang baik lah aku ini.

Aku kini ada menghafal dengan bantuan site memorize-quran ini juga. Caranya, download mp3 nya dan dengar berulang aja. Pastikan diperiksa dahulu apa yang didownload itu sama tak dengan apa yang dibaca dulu kat Al-Quran ya! Penting!

***

Sekarang juga aku lebih aktif mempelajari guitar. Di samping mengisi masa lapang, aktiviti ini sememangnya dapat melatih otak aku melalui hand-coordination yang aku praktikkan semasa bermain guitar.


Site favorite aku adalah 911tabs untuk mencari chords dan guitartutee untuk mencari video. Untuk mereka yang baru belajar, aku cadangkan kalian menggunakan site yang aku berikan itu. Nak harapkan teman-teman sekeliling untuk ajar, aku fikir lambat dan leceh sahaja. Biasanya semua orang pun malas nak ajarkan. Lebih baik belajar sendiri aja.

Aku fikir, main guitar itu sangatlah cool.Hehe. Sebab itu aku pilih untuk main guitar daripada main game. Main game cuma sorang-sorang sahaja yang enjoy. Main guitar boleh enjoy ramai-ramai dan show off sekali sekala.

***

Dengarnya dublin adalah bandar yang bosan. Mau simpan duit beli guitar di sana...Harus! (meskipun mahal sedikit).

0 comments: